Sabtu, Oktober 31, 2009

Adakah Mindatif Plus ubat?

Salam sejahtera semua..

Apa khabar? Harap semuanya dalam keadaan baik dan semantiasa dalam RahmatNya.
Saya terpanggil untuk menerangkan serba sedikit tentang produk Mindatif Plus ini. Saya pasti ramai yang diluar sana sudah mengenali produk in terutama di negeri Johor. Saya juga di perkenalkan produk ini di Johor.

Produk makanan tambahan kini banyak dipasaran negara ini. Pelbagai jenama dan harga yang mana tujuannya adalah memperkenalkan kaedah permakanan tambahan untuk perkembangan minda yang lebih sihat.

Persoalan yang mungkin bermain di fikiran kita, ini ubat ker?? Ubat pandai?? Saya pasti ramai yag menafsir makanan tambahan adalah seperti ubat sebagaimana ubatan yang kita amalkan..
Di kesempatan ini,saya cuba menerangkannya secara ringkas..

Mindatif plus merupakan salah satu produk makanan tambahan untuk mengembalikan kecerdasan otak manusia. Sebenarnya,  makanan tambahan ini bukanlah ubatan yang sering kita salah tafsirkan kerana telah terbiasa mengamalkan ubat-ubatan untuk merawat penyakit.

Analoginya yang saya boleh uat disini. Apabila kita sakit kepala atau demam, kita akan mencari panadol (ubat) untuk menghilangkan kesakitan. Kesan daripada memakan ubat boleh dilihat dalam berapa minit atau jam.

TETAPI, berbeza dengan makanan tambahan, ianya tidak dapat dilihat dalam masa terlalu singkat seperti sejam dua aau pun sehari dua. Kerana ia bukannya ubat untuk mengubati penyakit..

Analogi kedua. Ibu bapa akan risau apabila prestasi pelajaran anak mereka merosot.
Masalah yang dihadapi oleh pelajar hari ini seperti: Kurang berminat dalam pelajaran, sukar fokus dalam kelas dan sebagainya.
Saya ingin bertanya, adakah masalah ini suatu penyakit??
Rasanya belum ada lagi masyarakat menganggap ianya merupakan suatu penyakit. Sekiranya malas mengulangkaji pelajaran itu adalah penyakit seumpama demam, sudah pasti ada ubatan yang dijual di farmasi supaya penyakit malas ini boleh diatasi dalam masa sejam dua.
Namun begitu, tiada produk seperti ini dipasaran. Jika ada, saya pasti ramai yang berebut untuk mendapatkan nya kerana sekiranya malas belajar, ada ubat yang boleh membuatkan seseorang itu rajin semula dalam masa sejam dua selepas memakannya..


Itulah perumpamaan yang saya ingin perjelaskan tetang produk makanan tambahan ini. Kerana makanan tambahan ini bukan ubatan yang dapat menyembuhkan penyakit malas dan sebagainya dalam masa yang singkat. Tetapi ia bertindak sebagai medium untuk mengaktifkan pemikiran kita. Kesan yang terbaik, boleh dilihat sekurang-kurangnya tiga bulan dengan mengamalkan secara berterusan.

Konsep pemakanan makanan tambahan ini sama, tidak kira jenama dan jenis apa sekali pun, kesannya tidak dapat dilihat dalam masa sehari dua.

Untuk pengethuan semua, Mindatif Plus telah berada di pasaran lebih dari 6 tahun. Dan terus mendapat sambutan yang baik oleh masyarakat kerana khasiat dan kesan yang positif dapat dilihat oleh pengamal Mindatif Plus. Testimoni yang dipaparkan menguatkan lagi bahawa produk ini merupakan antara produk makanan terbaik di Malaysia.

Kepada pengamal produk Mindatif Plus, tahniah dan kekalkan mengamalkan mengambil makanan tambahan. Kepada yang masih belum merasai dan mengamalkan makanan tambahan, saya sarankan untuk cepat-cepat membeli dan mengamalkannya. =)

Sekian..